Gugurkan pendakwaan Siti Kasim, gesa Suhakam

(Dikemaskini )

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) membantah pendakwaan ke atas peguam yang hanya menjalankan tugasan perundangan ketika serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semasa majlis membabitkan transgender.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata, suruhanjaya itu 'kecewa' kerana peguam Siti Zabedah Kasim didakwa kerana menghalang pegawai Jawi, "selepas memperkenalkan diri sebagai peguam yang menjalankan tugas kepada pelanggannya" semasa serbuan itu.

"Suhakam memberi amaran apabila peguam tidak dapat mempertahankan pelanggan kerana takut ditangkap, dakwaan jenayah atau intimidasi, mereka tidak boleh membela mereka yang menghadapi pelanggaran hak asasi," katanya.

Oleh itu, Razali menggesa pihak berkuasa untuk menggugurkan pendakwaan tersebut kerana ia dengan jelas melanggar prinsip asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai peranan peguam.

Pada 23 Jun yang lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendakwa Siti di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Peguam aktivis itu mengaku tidak bersalah.

Serbuan tersebut berlaku semasa acara transgender pada 3 April 2016 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, dengan Siti Zabedah berada di acara itu sebagai tetamu.

[Baca berita penuh]

#}