malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Malaysia terkeluar dari ‘Pengawasan Tahap 2'
Diterbitkan:  Jun 28, 2017 10:57 AM
Dikemaskini: 3:04 AM
ADS

Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai ‘Pengawasan Tahap 2' dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dan dimasukkan ke kategori ‘Tahap 2'.

Negara-negara dalam senarai ‘Tahap 2' adalah yang tidak memenuhi standard minimum ke arah membanteras pemerdagangan manusia sepenuhnya tetapi berusaha gigih berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, senarai dalam ‘Pengawasan Tahap 2' juga mempunyai definisi yang sama di atas, selain mempunyai peningkatan ketara mengurangkan jumlah mangsa yang mutlak tetapi gagal menyediakan bukti berhubung peningkatan usaha untuk mencegah perdagangan manusia.

"Kerajaan (Malaysia) menunjukkan peningkatan usaha berbanding tempoh laporan sebelumnya, oleh itu, Malaysia dinaikkan taraf kepada ‘Tahap 2'.

"Kerajaan mempamerkan peningkatan usaha dengan memperluaskan siasatan pemerdaganan manusia, pendakwaan dan sabitan kesalahan," kata laporan TIP.

Walau bagaimanapun, laporan tersebut menyatakan bahawa usaha untuk melindungi mangsa pemerdagangan manusia masih "tidak mencukupi".

Ia berkata, walaupun undang-undang baru yang dilaksanakan untuk mangsa di pusat perlindungan membenarkan mereka bergerak bebas dan hak untuk bekerja, namun ini tidak sempurna kerana kelewatan birokrasi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen