malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zenith nafi guna nama menteri
Diterbitkan:  Jun 23, 2017 5:02 PM
Dikemaskini: 9:36 AM
ADS

Konsortium Zenith Sdn Bhd hari ini nafi menggunakan nama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof untuk mewajarkan lebihan bayaran yang diterima untuk Kajian Kelayakan dan Reka Bentuk Terperinci (FSDD) bagi terowong bawah laut Pulau Pinang dan tiga projek jalan utama di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Zarul Ahmad Zulkifly dalam satu kenyataan berkata, semakan dengan perundingnya mendapati perbincangan mengenai bayaran tinggi itu telah berlaku semasa pertemuan dengan Fadillah pada 6 April.

Beliau menjawab kenyataan Fadillah hari ini yang menyuarakan rasa kesal terhadap Zenith kerana menggunakan nama dan kementeriannya untuk membenarkan pembayaran yang diterima bagi FSDD berkenaan.

Fadillah berkata beliau telah menunjukkan Zarul beberapa kali mengenai bayaran FSDD adalah tinggi bagi projek itu dan mengatakan bahawa mesyuarat pada 6 Apri hanya satu taklimat untuk kementerian mengenai gambaran keseluruhan projek dan bukan mengenai kos terperinci projek.

"Tidakkah aneh kami datang ke kementerian kamu untuk bincangkan kelewatan Kajian Kemungkinan terowong bawah laut tanpa membincangkan yuran yang kamu dakwa berlebihan?" soal Zarul.

Beliau mengulangi bahawa Zenith memenangi projek itu dalam satu tender terbuka dan pengiraan sebanyak RM41 juta oleh Lembaga Jurutera Malaysia hanya meliputi kerja-kerja awam dan struktur.

"Beberapa skop kerja projek seperti lebuh raya bertingkat dan lebuh raya bertingkat tinggi adalah sangat teknikal," katanya.

Zarul, yang juga anggota Umno, berkata Zenith melibatkan perunding asing untuk kajian pakar ini kerana ia tidak mempunyai pakar tempatan untuk melaksanakan tugas itu dan yuran sukar ditentukan kerana institusi profesional di Malaysia tidak mempunyai skala standard yuran bagi perunding sedemikian.

"Oleh itu, yuran mereka perlu ditanda aras terhadap fi standard antarabangsa," katanya.

Zarul mengulangi rancangan untuk bertemu Lembaga Jurutera Malaysia dengan harapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang turut menyuarakan isu bayaran tinggi itu akan menyertai beliau dalam mesyuarat itu.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen