malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Gerakan tawar diri jadi orang tengah antara Lim, Tan
Diterbitkan:  Jun 23, 2017 2:25 PM
Dikemaskini: 6:33 AM
ADS

Naib Presiden Gerakan Dominic Lau menawarkan diri sebagai orang tengah dalam pertikaian antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berhubung isu penghijauan di negeri itu.

Lau melahirkan rasa terkejut kerana Tan dan Lim yang merupakan pemimpin DAP, mengalami kesulitan berhubung antara satu sama lain.

"Beberapa hari lalu, Lim dilaporkan berkata beliau tidak dapat hubungi Tan. Saya terkejut. Kedua-duanya menghadiri sesi parlimen selama enam bulan yang lalu.

"Tidak bolehkah mereka jumpa? Atau adakah para pemimpin DAP tidak mengadakan pertemuan bersama?" Katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan Kuala Lumpur hari ini.

Lau menawarkan dirinya untuk menghubungkan kedua-dua pemimpin DAP itu.

"Jika ada keperluan, (Lim) boleh menghubungi Tan melalui saya, kerana kami sentiasa bertemu antara satu sama lain dalam sesuatu majlis. Kami adalah kawan baik walaupun mempunyai sikap politik yang berbeza," kata Lau.

Bagaimanapun,  Lau mengakui tidak pernah berhubung dengan Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP.

"Mungkin saya perlu mencubanya," katanya.

Lau juga menghargai aduan dilakukan Tan, dengan mengatakan kenyataan veteran DAP itu membuktikan kritikan Gerakan tentang isu pembangunan di Pulau Pinang berasas.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen