malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
RAGM diarah bayar deposit sekuriti RM30,000
ADS

Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGM), yang kini menghadapi proses pembubaran, diperintahkan untuk membayar RM30,000 sebagai deposit sekuriti sebagai sebahagian syarat untuk membolehkan permohonan mereka didengari di Mahkamah Persekutuan.

Keputusan itu dibuat mengikut permintaan Gurdial Singh Nijar, peguam untuk Hue Shieh Lee. Tahun lepas, RAGM membuat saman fitnah terhadap Hue, namun tidak berjaya, dan kini syarikat itu membuat rayuan.

Gurdial memberitahu mahkamah bahawa deposit sekuriti kira-kira RM60,000 adalah keperluan kerana RAGM masih belum membayar kos yang dianugerahkan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Peguam juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa RAGM berhutang kepada pemiutang hampir RM300 juta.

Berikutan itu, tiga panel hakim yang terdiri daripada Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ramly Ali dan diketuai oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Hakim Tan Sri Richard Malanjum membuat keputusan berkenaan.

"Sekiranya tiada bayaran untuk deposit dibuat dalam tempoh 14 hari, rayuan untuk permohonan akan disingkirkan," kata Hakim Malanjum.

RAGM memfailkan saman fitnah terhadap Hue pada tahun 2013. Hue merupakan antara aktivis yang berkempen menentang lombong firma itu di Bukit Koman, Pahang yang kononnya menggunakan sianida sebagai sebahagian daripada proses pengambilan emas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan yang tidak memihak kepada RAGM pada Mei tahun lepas. Lima bulan kemudian, Mahkamah Rayuan menolak rayuan RAGM.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen