malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Harga petrol turun menjelang raya
Diterbitkan:  Jun 21, 2017 5:58 PM
Dikemaskini: 10:11 AM
ADS

Harga minyak petrol turun bermula tengah 12.01 tengah malam ini ke paras terendah sejak sistem penetapan harga mingguan diperkenalkan pada Mac lalu.

Harga runcit baru RON95 ditetapkan pada harga RM1.91 seliter manakala RON97 pula RM2.17 seliter.

Ini bermaksud harga kedua-dua jenis minyak itu turun sebanyak 7sen.

Trend penurunan itu telah bermula sejak empat minggu lalu. Minggu lepas ia turun ke paras RM2 buat pertama kali.

Harga diesel bagaimanapun kekal pada RM1.88 seliter.

Harga bahan bakar itu ditentukan prestasi harga Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan mata wang pada minggu sebelumnya.

Menurut Bloomberg, harga minyak mentah Brent dijual pada harga AS$46.92 Khamis lalu sebelum menunjukkan penurunan beransur-ansur sepanjang minggu ini.

Awal hari ini ia diniagakan pada tahap AS $45.95 setong.

Penurunan itu melegakan warga kota yang akan pulang berhari raya bersama keluarga di kampung masing-masing, yang dijangka jatuh pada Ahad ini.

 
Lihat Komen