malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM panggil Isa Samad dan isteri
Diterbitkan:  Jun 20, 2017 6:14 PM
Dikemaskini: 10:27 AM
ADS

Bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Isa Samad dan isterinya Bibi Sharliza Mohd Khalid dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasangan itu dijangka memberikan kenyataan mereka di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya esok, lapor New Straits Times.

Isa semalam berundur daripada FGV setelah kemelut pentadbiran dengan presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu Zakaria Arshad.

Tempat Isa digantikan oleh bekas pengerusi Telekon Malaysia Tan Sri Sulaiman Mahbob.

Isa juga meletakkan jawatan sebagai pengerusi MSM Holdings, syarikat FGV yang salah satu daripada gua gergasi dalam industri gula tanah air.

Beliau memberikan alasan peribadi.

Bagaimanapun langkah itu dilihat antara langkah penyelesaian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan oleh bekas menteri Datuk Seri Idris Jala.

Najib telah berikrar untuk menyelesaikan kemelut FGV sebelum Hari Raya yang dijangka jatuh pada Ahad ini.

Sejurus selepas pengunduran Isa daripada FGV, Najib mengumumkan veteran Umno itu dilantik sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

Zakaria sebelum ini mendakwa beliau cuba menghalang “pelaburan tidak masuk akal” berjumlah jutaan ringgit. FGV bagaimanapun menafikannya.

Lembaga FGV pula menuduh Zakaria melanggar peraturan pentadbiran korporat syarikat komersial Felda itu.

SPRM pada 7 Jun lalu telah menyiasat Zakaria dan menyerbu pejabat FGV sehari selepas itu.

Lihat Komen