malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pihak berkuasa serbu MBI Group, bekukan akaun bank
Diterbitkan:  Jun 20, 2017 1:22 PM
Dikemaskini: 5:23 AM
ADS

Operasi membabitkan pelbagai agensi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Bank Negara, polis dan pejabat Peguam Negara merampas lebih setengah juta ringgit dan membekukan RM27 juta dalam akaun bank 'baru' melibatkan skim permainan wang yang beroperasi di Pulau Pinang dan Kedah.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, kementerian itu berkata, wang tunai sebanyak RM688,000 telah dirampas bersama tiga kereta mewah - Range Rover, Jaguar dan Toyota Vellfire dalam serbuan yang dijalankan di kedua-dua negeri, semalam.

"Operasi ini berkaitan dengan aktiviti skim piramid MBI Group International di Pulau Pinang dan Kedah.

"Tindakan diambil di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Aktara Perolehan Kegiatan Menyalahi Undang-Undang 2001," kata kenyataan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen