malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Exco: Tiada lonjakan kos pelan induk pengangkutan P Pinang
ADS

Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang (PTMP) yang dicadangkan oleh SRS Consortium akan menelan kos sekitar RM46 bilion, kata ahli majlis eksekutif kerajaan negeri Chow Kon Yeow.

Cadangan SRS termasuk rangkaian keretapi dan lebuh raya (RM39 bilion), tiga jalan utama dan terowong bawah laut (RM6.4 bilion) yang akan siap sepenuhnya pada tahun 2030, katanya.

SRS Consortium terdiri daripada Gamuda (60 peratus kepentingan), Ideal Property Development Sdn Bhd (20 peratus) dan Loh Phoy Yen Sdn Bhd (20 peratus).

"Setakat ini kos kekal sama dan tidak ada kenaikan kos untuk PTMP, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak," kata Chow kepada wartawan semalam.

Beliau berkata, kos RM27 bilion yang dibentangkan lebih awal mengenai laporan yang berkaitan dengan PTMP merujuk kepada anggaran tender yang dicadangkan oleh perunding pengangkutan Halcrow yang menjalankan kajian mengenai perkara itu pada tahun 2011.

"Anggaran tender berdasarkan kajian konsep awal yang dibuat oleh Halcrow," kata Chow, merujuk kepada kajian itu yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara yang diterbitkan pada tahun 2013.

"Apabila SRS dilantik sebagai rakan penyampaian projek PTMP negeri, mereka membuat rancangan mereka sendiri, dan anggaran kos ialah RM46 bilion," jelasnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen