malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP persoal logik Isa Samad ke Spad
Diterbitkan:  Jun 19, 2017 5:22 PM
Dikemaskini: 9:24 AM
ADS

Penyingkiran Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV) begitu lama tertangguh, tetapi tidak masuk akal untuk beliau menggantikan Tan Sri Syed Hamid Albar di Suruhanjaya Pengangku­tan Awam Darat (Spad).

Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Liew Chin Tong berkata, setelah mengkucar-kacirkan FGV dan Felda, Isa tidak sepatutnya diberi apa-apa kedudukan penting sebagai pemangku pengerusi Spad.

Dalam kenyataan, Liew menegaskan, Spad akan terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion, kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (RM60 bilion) dan dua projek Transit Aliran Massa (MRT) yang bernilai RM48 bilion.

Liew terfikir sama ada Isa akan turut menghuru-harakan Spad selepas ini setelah menjadi pengerusinya.

"Apa nilai yang Isa ada, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memastikan kedudukannya selepas diragui dengan masalah beliau di Felda dan FGV.

"Adakah ada apa-apa rahsia Najib yang Isa jaga sampaikan perlu beliau perlu terus berada dalam pentadbiran Najib walaupun tidak memegang jawatan kanan dalam Umno sejak lebih satu dekad yang lalu," tanya Liew lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen