malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Undur FGV, Najib lantik Isa sebagai ketua SPAD
ADS

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bersetuju melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Malah, Najib berkata perletakkan jawatan Isa berkuat-kuasa hari ini dibuat dengan rela hati.

"Saya dapat sahkan saya sudah berunding dengan Isa Samad pagi tadi.

"Kita telah bincang dengan mendalam tentang masa depan FGV maka Isa dengan rela hati melepaskan jawatan sebagai pengerusi FGV dan maknanya (beliau) diganti dengan (Tan Sri) Sulaiman Mahbob sebagai pemangku pengerusi," kata Najib dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mesyuarat pagi tadi turut disertai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang diberi tanggungjawab menyediakan laporan berhubung kemelut FGV.

"Bagi menghargai peranan Tan Sri Isa dalam FGV, kita setuju lantik beliau sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa serta merta," katanya.

Terdahulu, Najib hadir pada majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Presint 17, di Putrajaya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perladangan itu berkata, Isa 'berhenti daripada pelantikannya sebagai pengarah yang dilantik kerajaan untuk memberi perhatian kepada tanggungjawab peribadinya".

Beliau dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas FGV pada 1 Jan, 2011.

Pada sidang media itu, Najib turut ditanya berhubung kedudukan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad dan tiga pegawai kanan lain yang sebelum ini digantung tugas mereka oleh Mohd Isa dengan arahan supaya 'bercuti' atas alasan melanggar peraturan tadbir urus korporat.

"Tindakan dalaman akan diambil untuk menentukan proses keadilan melalui lembaga inkuiri," katanya sambil menambah lembaga pengarah FGV juga akan membuat keputusan yang mencerminkan hasrat kerajaan untuk meletakkan FGV pada landasan lebih kukuh.

Zakaria sebelum ini mendakwa beliau cuba menghentikan pelaburan bernilai ratusan juta ringgit yang 'tidak masuk akal' oleh lembaga pengarah dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan perniagaan teras perladangan FGV.

Ini bagaimanapun dinafikan oleh Mohd Isa.

Awal bulan ini, Idris Jala, dilantik sebagai pihak bebas untuk menangani kemelut yang melanda FGV dan laporannya siap pada 14 Jun lalu.

Najib kemudian berkata, laporan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Sementara itu, dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perladangan itu berkata, Isa 'berhenti daripada pelantikannya sebagai pengarah yang dilantik kerajaan untuk memberi perhatian kepada tanggungjawab peribadinya".

Beliau dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas FGV pada 1 Jan, 2011.

Lihat Komen