malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Penjualan Proton kerana dendam kesumat, dakwa Mahathir
Diterbitkan:  Jun 15, 2017 12:43 PM
Dikemaskini: 4:45 AM
ADS

Tun Dr Mahathir Mohamad masih meratapi penjualan Proton yang lahir dari cetusan ilhamnya kepada firma China Zhejiang Geely Holdings Co Ltd yang membeli kepentingan 49.9 peratus dalam syarikat pembuat kereta nasional itu.

Dalam blog post pagi tadi, beliau melabelkan penjualan itu sebagai tindakan membalas dendam.

“Penjualan Proton dipaksa kerana dendam kesumat. Maruah tidak penting. Membalas dendam lebih penting,” kata bekas perdana menteri itu.

Mahathir juga mendakwa setakat yang diketauinya, pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diberikan oleh kerajaan untuk Proton tidak samapai ke firma yang bermasalah itu.

Tahun lalu, kerajaan meluluskan permohonan Proton Holdings Bhd bagi mendapatkan pinjaman mudah, yang tertakluk kepada beberapa syarat yang mesti dipenuhi oleh pengeluar kereta nasional itu.

Pinjaman itu menjurus ke arah membantu syarikat automotif negara berkenaan membayar vendor bagi komponen yang dibekalkan.

Antara syarat pinjaman, adalah bahawa Proton perlu meyakinkan kerajaan model perniagaan baru, mengemukakan pelan pemulihan syarikat, selain menawarkan pelbagai pelan strategik untuk mengembangkan pasaran domestik dan antarabangsa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen