malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SC, Bursa Malaysia turut 'pantau' kemelut FGV
Diterbitkan:  Jun 15, 2017 12:18 PM
Dikemaskini: 4:23 AM
ADS

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia sedang mengkaji isu-isu yang melingkari Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) susulan serbuan ke atas pejabat firma senaraian awam itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lepas.

"SC sedang mengkaji perkara itu dengan Bursa Malaysia. Firma berkenaan telah diingatkan untuk membuat pengumuman yang sepatutnya kepada pasaran pada masa sewajarnya.

"SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau rapi perkembangan perkara ini," kata jurucakap SC.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran gesaan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mahu SC dan Bursa Malaysia menyiasat perkara itu bagi memastikan sama ada berlaku apa-apa yang menyalahi undang-undang oleh FGV.

Khairul Azwan berkata, langkah seterusnya ialah mengambil tindakan segera sekiranya didapati wujud unsur-unsur yang menyalahi undang-undang sedia ada.

"Pemuda Umno memandang serius akan masalah dalaman yang dihadapi oleh FGV.

"Pemuda Umno merasakan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia mempunyai peranan besar untuk mengawal selia dan memantau tadbir urus syarikat-syarikat awam tersenarai.

"Ia sekali gus langkah memelihara kepentingan pemegang-pemegang saham awam terutama kumpulan minoriti," kata Khairul Azwan lagi.

Pada 8 Jun yang lalu, SPRM menyerbu pejabat FGV dan meninggalkan premis tersebut selepas lapan jam dengan membawa bersama kotak dan beg mengandungi dokumen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen