malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kit Siang: Pulau Pinang tak akan jadi negeri gagal
Diterbitkan:  Jun 12, 2017 2:16 PM
Dikemaskini: 6:17 AM
ADS

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menyangkal dakwaan Pulau Pinang menuju ke arah menjadi negeri yang gagal, seperti yang dinyatakan BN.

Dalam kenyataan, Lim berkata: "Saya tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis apabila membaca kenyataan tersebut.

"Adakah pemimpin BN serius? Apakah Pulau Pinang lebih teruk daripada Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor?" tanya Lim.

Lim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pasukan Komunikasi Strategik BN baru-baru ini mengenai Pulau Pinang dikatakan bakal menjadi negeri yang gagal kerana hutang yang semakin meningkat.

Kenyataan BN itu memetik peningkatan caj penilaian dan cukai sewa, kadar bulanan letak kereta, kadar air dan denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang sebagai contoh.

Ia juga mendakwa perbelanjaan operasi tahunan Pulau Pinang meningkat sebanyak 500 peratus, pada setiap tahun, sejak DAP mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008.

Lim yang merupakan ahli Parlimen Gelang Patah berkata, daripada Pulau Pinang, Malaysia lebih terdedah kepada menuju ke arah sebuah negara bankrap dan mendakwa bahawa majoriti besar rakyat Malaysia yang bermaklumat termasuk ahli-ahli BN bersetuju dengan idea berkenaan.

Malaysia, sejak mencapai kemerdekaan, telah ketinggalan berbanding banyak negara Asia yang lain termasuk Jepun dan Korea Selatan, tambahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen