malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

Selepas serbuan kira-kira lapan jam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beredar dengan empat kotak, beberapa bungkusan dan tiga beg tarik daripada pejabat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Barang rampasan itu diambil selepas kumpulan besar penguat kuasa, difahamkan 40 orang, menggeledah pejabat ketua pegawai eksekutif Kumpulan (CEO) FGV Datuk Zakaria Arshad di tingkat 45 Menara Felda di ibu negara.

Difahamkan rampasan itu dibuat bagi melengkapkan susulan keterangan Zakaria kepada SPRM semalam.

Serbuan itu juga mengambil masa yang panjang kerana setiap dokumen yang dirampas perlu direkod, disusun dan ditandatangan.

Tiada kenyataan rasmi daripada SPRM atau FGV dikeluarkan kepada media setakat ini.

SPRM tiba ke Menara Felda kira-kira jam 10 pagi dan selesai mengambil dokumen itu pada jam 6 petang.

Hadir sama dalam kunjungan itu adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala selama satu jam yang ditugaskan mencari penyelesaian untuk kemelut kepimpinan FGV.

Lihat Komen