malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Polis tak perlu bantuan S'wak Report, kata Ambiga
Diterbitkan:  Jun 8, 2017 2:22 PM
Dikemaskini: 6:27 AM
ADS

Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menolak keperluan editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menurut beliau, ia adalah kes yang mudah untuk diselesaikan dengan begitu senang.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mempelawa Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London untuk datang ke Malaysia bagi membantu polis Malaysia mengenai perkara itu.

"Cadangan IGP mengenai Clare datang ke sini untuk membantu siasatan adalah jenaka. Memandangkan terdapat notis merah Interpol ke atasnya, beliau mungkin akan ditahan sebaik sahaja menjejak kaji di sini," kata Ambiga kepada Malaysiakini.

"Ia juga menampakkan pihak polis sangat tidak cekap - yang mana mereka adalah sebaliknya - bahawa mereka perlu dibantu untuk selesaikan kes semudah itu," katanya.

Ambiga menegaskan, mereka yang terlibat dalam dakwaan itu berada di Malaysia manakala akaun bank yang diperkatakan adalah dengan institusi kewangan tempatan.

"Terdapat butiran mencukupi untuk pihak polis memulakan siasatan.

"Mengapa enggan? Dan daripada menyerang pemberi maklumat, IGP sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang memberi maklumat mengenai salah laku, "katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen