malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Dari penjara ke hukuman mati untuk penceroboh Lahad Datu
ADS

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membatalkan hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan ke atas sembilan warga Filipina yang melakukan pencerobohan di Lahad Datu, kepada hukuman mati.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh membuat keputusan itu sebulat suara bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim.

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan sabitan ke atas sembilan tertuduh, iaitu Atik Hussin Abu Bakar, Basad Manuel, Ismail Yasin, Virgilio Nemar Patulada @ Mohamad Alam Patulada, Salid Ahmad Osman @ Abdul, Al Wazir Osman, Tani Lahad Dahi, Julham Rashid dan Datu Amirbahar Hushin Kiram.

Dalam keputusannya, Mohd Zawawi berkata hakim perbicaraan gagal mengambil kira pencerobohan terhadap kedaulatan negara.

Menurutnya, kes berkenaan mempunyai unsur konspirasi dan merupakan perang terhadap kerajaan Malaysia dan Raja-raja Melayu dengan niat melemahkan negara dari dalam supaya mereka boleh membuat tuntutan terhadap Sabah.

Katanya, sembilan anggota keselamatan terbunuh dan ramai yang cedera parah, manakala penduduk tempatan terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat pencerobohan itu.

Senjata berat seperti M-16 dan bom tangan turut digunakan semasa pencerobohan itu, kata Mohd Zawawi.

"Pendek kata, ini adalah serangan daripada musuh asing yang belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia." katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen