malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pulau Pinang juga mahu cabar persempadanan SPR
ADS

Kerajaan negeri Pulau Pinang memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam cadangan persempadanan semula untuk mengisytiharkan ia sebagai 'tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan'.

Peguam Leong Cheok Keng yang juga ahli dewan undangan negeri Malim Nawar dilantik oleh kerajaan negeri untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

Jelas beliau, semakan kehakiman mestilah difailkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh cadangan yang diwartakan pada 8 Mac yang lalu dengan esok adalah hari terakhir untuk memohon semakan.

"Kami juga mengemukakan afidavit berdasarkan laporan persempadanan semula yang dihasilkan oleh badan pemikir Penang Institute yang diketuai oleh felo penyelidik Wong Chin Huat," kata Leong pada sidang akhbar di Komtar, hari ini.

"Bersama-sama dengan laporan itu, kami menyerahkan 34 paparan untuk menyokong dakwaan terdapat pembahagian kerusi yang tidak wajar dalam persempadanan semula SPR," kata Leong.

Dalam laporan bertarikh 18 Januari yang lalu, Wong cuba membuktikan wujudnya elemen pembahagian kerusi yang tidak wajar secara "pengekalan dan semakin teruk" bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen