malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pengurusan kes Anwar cabar Lembaga Pengampunan - 15 Jun
Diterbitkan:  Jun 7, 2017 4:29 PM
Dikemaskini: 8:32 AM
ADS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 15 Jun untuk satu lagi pengurusan kes berhubung tindakan bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengemukakan persoalan undang-undang kepada mahkamah persekutuan berhubung cabarannya ke atas Lembaga Pengampunan

Pendaftar Mahkamah Norazlin Othman menetapkan tarikh itu apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini.

Mahkamah Rayuan, pada Januari lalu, membenarkan Anwar membangkitkan dua persoalan undang-undang berkaitan cabarannya terhadap bidang kuasa Lembaga Pengampunan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Persoalan undang-undang yang dibangkitkan itu adalah sama ada keputusan Lembaga Pengampunan boleh dicabar melalui semakan kehakiman kerana mengikuti proses keputusan yang dicapai itu adalah untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah.

Pada 24 Jun, tahun lalu, bekas ketua pembangkang itu, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak perempuan mereka, Nurul Izzah serta Nurul Nuha memfailkan permohonan dengan menamakan Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan itu, mereka memohon perintah untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac, 2015, dan mendesaknya menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan dan membebaskan Anwar.

Mereka juga memohon perintah mandamus bagi mendesak Lembaga Pengampunan mengadakan semula mesyuarat dan menimbangkan semua perkara berkaitan petisyen bagi pengampunan diraja yang dikemukakan oleh anggota keluarga Anwar dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga menolak permohonan keluarga dan Anwar untuk merujuk persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan berhubung bagaimana lembaga itu mencapai keputusannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen