malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Buktikan bukan kamu seorang uruskan Pulau Pinang'
ADS

Gerakan Pulau Pinang mencabar Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menunjukkan bukti bahawa kerajaan negeri tidak dikendalikan oleh "kata putus satu individu" semata-mata.

Antara lain, Lim dicabar membuktikan beliau bukan satu-satunya pembuat keputusan di Ketua Menteri Diperbadankan (CMI) dan mendedahkan minit mesyuarat syarikat mengenai penjualan 6.4 ekar tanah utama kepada Island Hospital Group pada harga RM156 juta.

Jika ketua menteri gagal berbuat demikian, Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo berkata, ia membuktikan slogan 'CAT' (kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan) kerajaan negeri sekadar omongan kosong.

Loo juga mempamerkan kotak hitam yang tertera perkataan "CMI + Peel Avenue deal" semasa sidang akhbar hari ini. "CMI + Peel Avenue deal" merujuk kepada tanah yang dijual kepada Island Hospital Group.

"Ini bermakna kedua-duanya disembunyikan," kata Loo secara berjenaka.

Loo berkata, Seksyen 3 dan 4 Enakmen Ketua Menteri Diperbadankan 2009 memberikan kuasa kepada ketua menteri selaku pihak berkuasa tunggal untuk membuat kontrak, memperoleh, memegang atau menikmati harta alih atau tak alih, menjual, gadai janji atau melupuskan mereka.

"Jadi, saya telah menunjukkan kepadanya bukti bahawa keputusan kerajaan negeri ditentukan oleh seorang individu," ujar Loo sambil mencabar Lim untuk menyanggah dakwaan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen