malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Demokrat mati' memaaf dan melupakan, kata Zaid
Diterbitkan:  Jun 7, 2017 12:54 PM
Dikemaskini: 5:01 AM
ADS

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim percaya bahawa menjadi "demokrat mati" adalah lebih baik daripada mereka yang membenci dan menghina Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mengulas penasihat Suaram Kua Kia Soong, yang melabel golongan yang mahu mengangkat Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi sebagai "demokrat mati".

Kua menegaskan bahawa Mahathir, semasa menjadi perdana menteri, pernah menggunakan undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang membenarkan penahanan tanpa bicara, dalam "Ops Lalang" untuk menyerang badan kehakiman dan membiarkan kemerosotan institusi demokrasi.

Mengulangi seruannya kepada ahli politik berusia 92 tahun itu untuk menebus kesalahan-kesalahan lampaunya, penasihat Suaram itu menganggap Mahathir sebagai "demokrat yang dilahirkan semula".

Dalam Twitter pagi ini, Zaid berkata: "Saya 'demokrat yang mati’? Mungkin, tetapi lebih baik daripada pembenci Mahathir. Demokrat mati memaaf dan melupakan, pembenci hanya membenci."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen