malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Cadangan penggabungan RHB-AmBank tingkatkan sentimen positif
ADS

Cadangan penggabungan RHB Bank Bhd dan AMMB Holdings Bhd (AmBank) untuk mewujudkan satu daripada pemberi pinjaman terbesar Malaysia, menandakan perkembangan positif di Malaysia dan juga rantau ASEAN.

Mengalu-alukan rancangan penggabungan dalam industri perbankan itu, Ketua Ekonomi IQI Global, Shan Saeed, berkata hala tuju masa depan kumpulan perbankan itu kini bergantung kepada keutamaan entiti diperbesarkan.

"Pada masa depan saya melihat lebih banyak bank akan menjalani fasa penggabungan dan jumlah pemain yang akan menyediakan perkhidmatan kewangan kepada pelanggan akan menjadi semakin kecil," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas mengenai cadangan penggabungan itu.

"Persaingan gergasi yang sihat bagi pasaran disebabkan nisbah kecukupan modal yang kukuh dan memenuhi keperluan Basel 111," katanya.

RHB dan AmBank dalam satu kenyataan bersama pada Khamis berkata mereka menerima kelulusan daripada bank pusat Malaysia untuk memulakan rundingan penggabungan.

ADS

Urus niaga itu dijangkakan janji niaga semua saham dan kedua-dua bank itu diberi masa sehingga 30 Ogos untuk membincangkannya secara eksklusif.

Shan berkata penggabungan itu akan mengukuhkan kedudukan RHB sebagai bank keempat terbesar di Malaysia dari segi aset di belakang Maybank, CIMB Group Holdings dan Public Bank. AmBank ketika ini merupakan bank keenam terbesar negara.

"Penggabungan itu merupakan sebahagian daripada rancangan strategik RHB untuk meningkatkan bahagian pasaran.

ADS

"Penggabungan kedua-dua bank ini akan membawa kepada pengukuhan dan membina sinergi. Kedua-duanya adalah bank utama, ini akan mewujudkan ekonomi bidangan dan menambah baik kecekapan dengan penyatuan itu.

"Aktiviti perbankan akan terus berkembang dalam masa terdekat ini," kata Shan.

Bursa Malaysia menyambut baik berita itu dengan dengan kedua-dua saham RHB dan AmBank meningkat pada awal Jumaat apabila pelabur yakin dengan cadangan penggabungan tersebut.

RHB dan AmBank naik 10 sen setiap satu pada sesi pembukaan masing-masing kepada RM5.49 dan RM5.31, tetapi aktiviti pengambilan untung pada tengah hari menyebabkan saham RHB turun kepada RM5.27 (- 12 sen) manakala AmBank susut kepada RM5.15 (- 6 sen).

Sementara itu, Indeks Kewangan meningkat 100.15 mata atau 0.60 peratus pada tengah hari kepada 16,670.92, manakala petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 9.65 mata (+0.55 peratus) kepada 1,772.76 daripada 1,763.37 pada Khamis.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen