malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Speaker DUN tentukan jika mahu p’raya Nenggiri, kata SPR
Diterbitkan:  Jun 1, 2017 6:06 PM
Dikemaskini: 12:46 PM
ADS

Terpulang kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdulah Ya'kub untuk menentukan sama ada Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri perlu diadakan atau sebaliknya, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah SPR Kelantan, Fakhrul Razi Ab Wahab dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, pilihan raya kecil itu tidak semestinya wajib diadakan selepas melebihi tempoh tiga tahun.

"Selalunya apabila melebihi tempoh tiga tahun atau sudah lepas edah, pilihan raya kecil tidak perlu dibuat namun apa-apa pun bergantung kepada keputusan speaker DUN sama ada ingin mengadakan pilihan raya atau tidak.

"Pada masa sama, kita lihat kerajaan negeri Kelantan masih stabil meskipun satu kerusi DUN terpaksa dikosongkan," katanya yang dipetik akhbar itu.

Abdulah Ya'kub hari ini mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mat Yusoff Abd Ghani hilang kelayakan memegang jawatan tersebut selepas diistihar muflis sekali gus menjadikan kerusi itu kosong.

Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya menerima surat daripada Jabatan Insolvensi cawangan Selangor pada 28 Mei lalu yang memaklumkan mengenai kebangkrapan Mat Yusoff sejak 9 November tahun lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Mat Yusoff menewaskan calon PKR, Mohammad Azihan Che Seman dan calon Bebas, Abdul Aziz Mohamed dengan majoriti 3,849 undi.

Lihat Komen