malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'tan tawar penyelesaian kes tanah Temiar di Gua Musang
Diterbitkan:  May 31, 2017 8:48 AM
Dikemaskini: 1:54 AM
ADS

Kerajaan Kelantan pada hari Isnin menawar untuk mengiktiraf sebahagian daripada tanah di Gua Musang yang didakwa oleh penduduk Temiar milik mereka, selepas mereka membawa perkara itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, kerajaan negeri itu hanya bersedia untuk mengiktiraf kira-kira 394 hektar, atau tiga peratus daripada lebih 12,000 hektar yang didakwa oleh penduduk Temiar sebagai tanah nenek moyang mereka.

Menurut pengarah Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC), Colin Nicholas, pihaknya difahamkan bahawa pada dasarnya, ia hanya melibatkan pengiktirafan bahagian-bahagian tanah terbabit di mana kaum Temiars telah menetap dan bercucuk tanam.

Nicholas berkata, penyelesaian itu telah dicadangkan di dalam kamar, dan pihak-pihak terbabit akan memaklumkan kepada mahkamah hasilnya apabila kes disambung semula pada 13 Jun.

Katanya, oleh kerana ia tidak mungkin untuk mendapatkan apa-apa persetujuan serta-merta atau pendapat dari pihak penduduk Temiar mengenai penyelesaian yang dicadangkan itu, maka kes itu ditangguhkan ke hari lain.

Jika penyelesaian tidak boleh dipersetujui, maka kes itu akan melalui perbicaraan penuh pada tarikh yang akan ditetapkan pada 13 Jun, kata Nicholas di laman web COAC itu.

Beliau berkata kira-kira 80 penduduk Temiar telah melalui perjalanan selama lima jam dari kampung halaman mereka di Kuala Betis, Gua Musang, dengan menaiki bas dan van sewa serta kereta persendirian, untuk menghadiri hari pertama perbicaraan pada hari Isnin.

Selain jalan berlumpur atau jambatan rosak, katanya, sebahagian daripada penduduk Temiar itu terpaksa berdepan dengan sungai yang banjir untuk sampai ke Kuala Betis untuk perjalanan mereka ke Kota Baru.

Menurutnya lagi, ramai yang telah bergerak dari kampung mereka sehari sebelum itu, untuk sampai ke tempat pertemuan di Kuala Betis pada masanya.

Cuaca buruk yang berterusan, tegs Nicholas, bermakna keadaan jalan dari Pos Balar dan pos-pos lain adalah sukar dilalui, walaupun dengan motosikal.

Penduduk Temiar itu diwakili oleh Savreena Kaur manakala kerajaan negeri diwakili oleh penasihat undang-undang negeri, Shahidani Abdul Aziz dan pembantu penasihat undang-undang negeri, Naslyza Mohd.

Selain Savreena, pasukan peguam sukarela yang mewakili penduduk Temiar itu termasuk peguam M Rajkumar, S Yogeswaran, Lim Heng Seng dan Tan Hooi Peng.

Penduduk Temiar itu juga menamakan Ladang Rakyat, projek kerajaan negeri sama seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, sebagai plaintif.

Pos Balar-Dakoh terletak di sebelah Pos Belatim.

Pada 23 April, Mahkamah Tinggi Kota Baru mengarahkan kerajaan Kelantan mewartakan 9,361 hektar tanah di Pos Belatim sebagai rizab Orang Asli.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen