malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Pengasas Facebook akhirnya dapat juga ijazah
Diterbitkan:  May 26, 2017 8:00 PM
Dikemaskini: 12:00 PM
ADS

GLOBAL Pengasas Facebook Mark Zuckerberg akhirnya berjaya mendapat ijazah daripada Universiti Harvard selepas meninggalkan institusi pengajian terkemuka itu 12 tahun lalu.

“Jika saya berjaya habiskan ucapan ini, inilah kali pertama saya habiskan sesuatu di Harvard,” katanya yang kini menjadi antara orang terkaya di dunia.

Zuckerberg melancarkan Facebook, yang ketika itu terhadap kepada pelajar Harvard sahaja, pada 2014 di asramanya.

Beliau kemudian tidak menamatkan pelajaran dan berpindah ke California untuk memajukan media sosial itu.

Facebook kini menjadi jenama keempat paling bernilai di dunia.

Zuckerberg sendiri kini menjadi individu kelima terkaya di dunia dengan aset dianggar bernilai AS$64.2 bilion.

Selain Zuckerberg, individu terkaya di dunia sekarang ini Bill Gates juga gagal menamatkan pelajaran di universiti itu.

Gates kemudian mendapat ijazah kehormat pada 2007 – 32 tahun setelah meninggalkan Harvard pada 1975.

Lihat Komen