malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mas Ermieyati: Hati-hati lepas Jakarta meletup
ADS

Rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke luar negara dinasihatkan lebih berwaspada serta sentiasa mementingkan keselamatan diri.

Peringatan itu diberikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin susulan beberapa insiden letupan bom yang berlaku sepanjang minggu ini.

"Susulan daripada insiden pengeboman di Jakarta yang terkini dan di beberapa tempat lain, saya menasihatkan agar rakyat Malaysia yang mahu membuat perjalanan keluar negara supaya sentiasa mementingkan keselamatan diri dan berwaspada ketika berada di tempat awam.

"Rujuk Kementerian Luar Negeri dan kenal pasti orang yang boleh dihubungi sebelum merancang perjalanan," katanya kepada Malaysiakini.

Pada 22 Mei lalu, Manchester, England dikejutkan dengan letupan bom selepas persembahan penyanyi Arianna Grande, mengakibatkan puluhan tercedera dan meninggal dunia.

Selang dua hari, dunia sekali lagi dikejutkan dengan insiden letupan bom dan kali ini di Jakarta, Indonesia, kelmarin, yang mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis.

Lihat Komen