malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Nazri: Berapa dana Dr M kutip selama jadi PM?
ADS

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz mendesak Tun Mahathir Mohamad supaya mendedahkan jumlah keseluruhan dana pilihan raya sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.

Ia kerana katanya, dana yang diperolehi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM2.6 bilion melalui akaun peribadinya adalah jelas sumbernya daripada Arab Saudi.

“Tun Mahathir tadbir negara dengan lima kali PRU, saya nak tahu berapa dia kutip dan belanjakan dan saya nak tahu baki dia berapa.

"Saya bertanding dulu, dia presiden Umno dan perdana menteri. Saya tak pernah tanya dia mana dia dapat duit, dan dia pun tanya Najib dan buat Najib macam crook.

“Apa masalah dengan masukkan dalam akaun peribadi dan kita tahu berapa Najib kutip dan dia pulangkan baki.

“Saya nak bagi tahu kamu, kutip dana pilihan raya bukan satu kesalahan, masuk dalam akaun peribadi pun bukan satu kesalahan,” katanya kepada Malaysiakini.

Nazri ditemui sebelum Majlis Dialog TN50 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Kuala Lumpur.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen