malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kalau dia gemuk, dialah terasa, kata Dr M
ADS

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak merasakan dirinya sebagai bersalah kerana menyebut beliau “tidak mahu gemuk gedempol macam isteri satu orang (itu)”.

"Kalau dia gemuk, dia la terasa. Bukan masalah saya," kata Mahathir dengan selamba.

Beliau mengulas kecaman Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin‏ ke atasnya yang dikatakan menghina wanita semasa berucap selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Jitra baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, beliau hanya menjawab kepada soalan tentang caranya menjaga kesihatan.

"Saya ditanya mengenai bagaimana saya menjaga kesihatan saya. Saya kata jika anda 'gemuk', anda akan mendapat masalah. Adakah itu salah?"

Khairy dalam tweet terbaru beliau berkata Mahathir mendapat pas percuma untuk memalukan wanita yang mengalami masalah berat badan.

Mahathir dalam ucapan itu berkata beliau kurus dan tidak mahu gemuk “macam isteri satu orang” kerana tidak makan rasuah.

Beliau malah membuat isyarat meregangkan siku sehingga mengundang gelak ketawa orang ramai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen