PKR perlukan lebih daripada Anwar untuk PRU14


(Dikemaskini )

Perwakilan Kongres Nasional PKR terus menjadikan pemimpin mereka yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agenda utama, kali ini sebulat suara menobatkan beliau sebagai perdana menteri akan datang.

Malah jika seseorang itu mengetepikan fakta tentang banyak halangan undang-undang untuk mencapai matlamat ini, memastikan Anwar kekal relevan untuk parti dan negara menjadi serampang dua mata.

Untuk ramai pengundi muda, pasca reformasi yang membentuk sebahagian besar daripada pengundi pada pilihan raya umum akan datang, Anwar mungkin seorang tokoh asing dan mereka akan berasa tidak terkesan dengan agenda PKR.

Menurut profesor sosiologi politik dari Universiti Sains Malaysia, Pandian Sivamurugan berkata, PKR perlu mengambil kira orang lain sebagai calon perdana menteri, jika tidak, akan terlihat kekurangan pemimpin pembangkang.

"Mengapa tiada sebarang calon lain? Adakah untuk mengelakkan konflik dalaman di kalangan parti? Isu pengundi muda juga suatu faktor (untuk bergerak di luar Anwar).

"Penyokong Anwar akan terus menyokong beliau, tetapi yang lain akan mempersoalkan sama ada tidak ada calon lain yang layak," kata Sivamurugan.

Faktor Mahathir

Penerimaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap idea menjadi "pemanas kerusi" untuk Anwar tidak akan membangkitkan keyakinan dalam pengundi, katanya.

"Kenyataan itu boleh mencetuskan dilema, walaupun di kalangan penyokong sendiri (Pakatan Harapan)."

[Baca berita penuh]

#}