malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Acara di kuil Hindu bukan himpunan anti-Zakir"
Diterbitkan:  May 19, 2017 12:19 PM
Dikemaskini: 4:32 AM
ADS

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menafikan satu acara yang dirancang di sebuah kuil Hindu adalah himpunan bagi membantah pendakwah kontroversi, Zakir Naik.

Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang itu berkata, acara itu bukan perhimpunan tetapi sesi sembahyang bagi penganut Hindu yang mendakwa telah dihina oleh individu seperti Zakir dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Berikutan sesi sembahyang itu, beberapa peserta berniat untuk membuat laporan polis terhadap mereka yang telah menghina agama Hindu pada tahun-tahun kebelakangan ini termasuk Zakir dan Asri," kata Ramasamy.

Katanya, pihak penganjur telah meminta kebenaran polis kurang 10 hari yang lalu.

"Malah tidak ada keperluan untuk polis memberi kebenaran," katanya sambil menambah ia bukan urusan pihak berkuasa itu untuk memberitahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan penganut Hindu.

"Jika polis Malaysia boleh benarkan Zakir dan Asri bercakap semua perkara terhadap Hindu tanpa mengambil sebarang tindakan, maka apa hak yang mereka ada untuk katakan apabila Hindu cuba berkumpul untuk sembahyang?" soal Ramasamy.

Semalam, Bernama melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara membatalkan perhimpunan Hindraf  bagi membantah Zakir yang sepatutnya dianjurkan di sebuah kuil Hindu di Butterworth, Ahad ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam, perhimpunan itu adalah haram kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata polis menolak permohonan pihak penganjur kerana ia mempunyai potensi untuk "mewujudkan ketegangan kaum dan agama yang tidak perlu di negara ini".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen