malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Larangan letak kereta bandar hanya lontaran idea'
ADS

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau 'hanya melontarkan idea' apabila mencadangkan larangan ruang letak kereta dalam bangunan-bangunan di Kuala Lumpur.

Dua hari lalu, theSun melaporkan, Tengku Adnan mencadangkan Kuala Lumpur mencontohi bandar maju yang tidak menyediakan ruang letak kereta dalam bangunan untuk mengurangkan trafik dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

"Saya belum bercakap kepada pegawai (dalam kementerian wilayah persekutuan) lagi tentang idea tempat letak kereta itu.

"Ada yang kata saya gila, tetapi saya hanya lontarkan (idea) untuk mendapatkan maklum balas, itu cara saya untuk bekerja untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan," kata beliau yang mesra dengan panggilan Ku Nan.

Ku Nan berkata demikian dalam ucapan perasmian semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, malam tadi.

Lebih daripada 850 peserta menghadiri sesi 'Wilayah Persekutuan - Masa Depan Negaraku' dengan majoritinya terdiri adalah pelajar universiti dan belia yang tinggal dan belajar di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan memberikan contoh yang sama pada bulan Januari apabila beliau mengemukakan idea mengharamkan "kapcai" (motosikal) daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur.

"Pada asasnya, peragut menunggang motosikal," jelasnya mengenai rasional di sebalik cadangan tersebut.

Seperti cadangan untuk mengharamkan tempat letak kereta di bandar, tambah Ku Nan, ia sekadar lontaran idea.

"Saya tidak mahu laksanakannya, saya tidak mahu buat kerana ia (motosikal) ialah mod pengangkutan utama untuk generasi muda," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen