malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
MIC: Ceteknya minda pemimpin PERKASA
Diterbitkan:  May 17, 2017 12:50 PM
Dikemaskini: 4:58 AM
ADS

Langkah PERKASA melancarkan perang terhadap MIC dalam pilihan raya umum akan datang susulan isu pendakwah kontroversi Zakir Naik didakwa semata-mata bertujuan untuk memalukan parti komponen BN itu.

Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan juga menolak tindakan menggelar mereka anti-Islam kerana pendirian berkaitan Zakir.

“Ia jelas menunjukkan minda cetek pemimpin PERKASA yang memilih mempertahankan warga luar berbanding rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

PERKASA kelmarin melancarkan ‘perang’ terhadap MIC berikutan kenyataan mengaitkan mereka berkenaan dengan kumpulan pengganas IS kerana mempertahankan Zakir.

Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata akan memulakan kempen tolak MIC bermula Jumaat ini di Parlimen Segamat yang merupakan kerusinya disandang oleh Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramanian.

Dalam kenyataan hari ini, Saravanan berkata pemimpin-pemimpin MIC bekerjasama rapat dengan pemimpin-pemimpin BN lain untuk mengekalkan perpaduan pelbagai bangsa.

“Bertahun-tahun pemimpin MIC berkhidmat kepada orang Melayu dan Islam dalam masyarakat setempat dan tidak pernah sama sekali pemimpin MIC bersuara menentang semangat Malaysia.

“Kami di MIC dan masyarakat Hindu di Malaysia kecewa dengan Zakir yang secara terbuka mengkritik agama Hindu,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen