DBKL kaji larang ruang letak kereta di bangunan

(Dikemaskini )

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengkaji cadangan untuk tidak membenarkan ruang meletak kereta di bangunan.

Akhbar theSun, semalam memetik Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai berkata usaha itu adalah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dan menggalakkan warga kota menggunakan pengangkutan awam.

Tengku Adnan juga dipetik berkata dasar memansuhkan ruang letak kereta di bangunan kini menjadi satu trend bagi seseebuah bandaraya yang maju, dan Kuala Lumpur harus mencontohinya.

"Lihat di Tokyo, Hong Kong, Melbourne, London. Reka bentuk bangunan atau pembangunan semula telah berubah dan bangunan-bangunan tidak lagi dibenarkan untuk membina ruang letak kereta.

"Mereka cuba untuk tidak menggalakkan rakyat daripada memandu di bandar dan ini adalah antara perkara yang sedang kita kaji supaya kita boleh menjadi setanding dengan bandar-bandar utama di dunia," kata Tengku Adnan.

Menurutnya proses urbanisasi yang pesat di Kuala Lumpur telah mengubah intensiti dan corak penggunaan tanah di bandar.

[Baca berita penuh]

#}