malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bursa Malaysia keluar pertanyaan UMA pada IWCity
Diterbitkan:  May 16, 2017 8:16 PM
Dikemaskini: 12:20 PM
ADS

Bursa Malaysia hari ini mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Iskandar Waterfront City Bhd (IWCity) berhubung pergerakan luar biasa harga sahamnya.

Pada sesi penutup dagangan, Iskandar Waterfront menerajui kaunter saham cergas tetapi harga sahamnya turun 15 sen kepada RM1.98 dengan 272.02 juta saham bertukar tangan.

Saham itu, yang mencecah amaun maksimum semalam, meneruskan aliran meningkatnya hari ini berikutan minat yang muncul semula susulan ura-ura pembabitan semula IWH-CREC Sdn dalam pembangunan Bandar Malaysia.

Bagaimanapun, saham IWCity turun pada pertengahan tengah hari apabila beberapa peniaga mengambil keuntungan.

IWH-CREC merupakan konsortium yang dimiliki 60 peratus Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) manakala baki kepentingan ekuiti dipegang Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd milik China.

Pada 2015, IWH-CREC Sdn Bhd, memeterai perjanjian penjualan saham dengan 1Malaysia Development Bhd untuk membeli 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd, bagi membangunkan bersama projek Bandar Malaysia yang menelan kos RM7.4 bilion.

Kerajaan, bagaimanapun, pada 3 Mei lepas, mengumumkan perjanjian penjualan saham itu telah luput disebabkan kegagalan pihak-pihak pembelian memenuhi obligasi pembayaran. -Bernama

Lihat Komen