malaysiakini logo
story-image
ADS

Umno Pulau Pinang menafikan parti itu menerima RM2 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti didakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid ketika dihubungi menyangkal dakwaan Rafizi bahawa Umno menerima dana itu pada 24 Julai 2014 dan 26 Februari 2015.

"Minta dia (Rafizi) tunjukkan bukti dan laporkan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya, sambil menambah Umno Pulau Pinang gentar dengan siasatan.

"Bila nak dekat pilihan raya umum, pembangkang keluar dengan semua jenis karut. Mereka mengatakan banyak perkara yang mereka tak dapat buktikan," katanya.

Beliau juga menolak pendapat adalah salah bagi perhubungan Umno negeri menerima dana daripada presiden parti.

"Ini adalah kerja-kerja parti, kamu tahu? Kami bayar keahlian parti dan Umno memberikannya semula kepada kami untuk membiayai kerja-kerja parti," katanya.

Selain Umno Pulau Pinang, Rafizi juga menamakan lima penerima lain - iaitu ibu pejabat Umno, Parti Upko di Sabah, Ketua bahagian Umno Padang Serai, Asmadi Talib serta Umno Johor Bahru dan BN Bandar Tun Razak.

Kesemua pihak itu menerima RM10.02 juta pada tahun 2014 dan 2015.

Memetik dokumen yang dimuat naik di blog sprminsider.blogspot.com, Rafizi mendakwa wang itu datang daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Sementara itu, Asmadi juga menafikan menerima RM50,000 daripada akaun Najib pada 17 Februari 2015.

"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah menerima (wang dari akaun Najib). Bagi saya, ini adalah (taktik) politik untuk rosakkan saya. Saya tak mahu layan. Maaflah," katanya.

Lihat Komen