malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
ADUN cabar Pesuruhjaya PAS S’gor dedah ‘kerja jahat’ DAP
ADS

Beberapa wakil rakyat Selangor mahu Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mendedahkan ‘kerja-kerja jahat’ yang didakwa dilakukan oleh DAP.

Ini susulan kenyataan Sallehen yang mendakwa bahawa PAS perlu terus berada dalam kerajaan dan exco Selangor supaya dapat terus berkhidmat dan membuat kerja baik dan DAP tidak buat kerja jahat.

Sallehen merujuk ketika DAP memutuskan hubungannya dengan Pakatan Rakyat, parti itu melalui exconya tidak meletak jawatan.

Walau bagaimanapun, exco DAP V Ganabatirau, yang mengetuai porfolio pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin; V Ganabatirau tidak bersetuju.

Sebaliknya, kata beliau, PAS yang semasa Muktamar 2015, memutuskan hubungan dengan DAP, sehingga membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat.

"Mengenai kenyataan Sallehen bahawa, beliau mahu memastikan DAP tidak buat kerja jahat - saya tidak tahu apa kerja jahat yang dirujuknya itu.

"Kenyataannya itu benar-benar provokatif. Apa kerja-kerja jahat yang pernah kami lakukan di negara ini? Sila senaraikannya dan bandingkan dengan apa yang Umno lakukan," kata Ganabatirau kepada Malaysiakini.

Merujuk hubungan semasa antara PAS dan Umno yang semakin mesra, Ganabatirau mengingatkan bahawa PAS tidak pernah berminat untuk berdebat, antara lain mengenai isu-isu seperti skandal 1MDB, Felda dan Lembaga Tabung Haji.

"Mengapa mereka tidak berminat dengan isu-isu ini? Mengapa DAP menjadi sasaran?" soal Ganabatirau.

PAS, katanya, tidak perlu mencari alasan untuk kekal dalam kerajaan negeri hanya kerana parti itu mahu menikmati bukan sahaja kuasa eksekutif tetapi juga mahukan jawatan ahli majlis dan jawatan lain dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Sementara itu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San berkata, dakwaan Sallehen adalah ibarat skrip yang berulang dua tahun lalu ketika PAS memutuskan hubungannya dengan DAP.

"Adalah tidak logik untuk sesiapa dari PAS menuduh DAP lagi.

"Jadi, PAS mesti menjelaskan apa jenis 'kerja-kerja jahat’ yang telah dilakukan oleh DAP,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen