malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Muktamadkan dulu berapa kerusi, kata PKR pada PAS
ADS

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini membangkitkan pelbagai versi berkaitan sasaran PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini susulan kenyataan terbaru parti itu bahawa PAS mungkin meletakkan calon di lebih 100 kerusi parlimen.

"Sebelum Muktamar PAS, (naib presiden) Idris Ahmad cakap PAS nak bertanding 80 kerusi parlimen. Presiden PAS pula kata nak sasar lima negeri dan nak jadi kerajaan dan dia yakin menang 40 kerusi.

"Timbalan presiden pula kata nak bertanding 80 kerusi parlimen. Semalam ketua penerangan PAS kata nak bertanding 100 kerusi parlimen.

"Jadi, saya hanya akan komen selepas PAS betul-betul pastikan banyak mana mereka nak bertanding," kata Saifuddin dengan sinis, ketika ditanya pemberita.

Saifuddin berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

PAS semalam membayangkan keyakinan mereka untuk bertanding di lebih 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan, berkata daripada jumlah itu PAS menjangkakan 40 kerusi adalah yang "mudah menang" manakala selebihnya perlu diusahakan dengan lebih gigih.

PAS kini sasar 100 kerusi parlimen

Lihat Komen