malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'71 tahun, dengarlah tuntutan perubahan, Umno'
Diterbitkan:  May 11, 2017 12:19 PM
Dikemaskini: 4:26 AM
ADS

Sempena ulang tahun ke-71 Umno hari ini, Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin mengingatkan parti itu supaya lebih realistik dan terbuka.

“Umno tidak boleh terus sekadar menjadi arkib atau penglipur lara,” katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

“Yang menyimpan nostalgia dan leka bercerita tentang sejarah panjang tanah air ini dan bagaimana Umno-lah yang ikhlas memperjuangkannya.”

Umno lahir secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru susulan reaksi bantahan terhadap penubuhan Malayan Union oleh penjajah British.

Dalam perutusan khasnya hari ini, Khaled menggesa Umno melihat keadaan sekeliling dan mendengar seruan serta tuntutan perubahan.

“(Seruan) yang bukan sahaja hadir dari segenap penjuru negeri. Tetapi, yang turut bergema di dalam Umno itu sendiri,” katanya.

Beliau juga berkata parti itu harus secara ikhtiar secara serius bagi mencari naratif terbaik untuk terus memimpin bangsa dan negara ini.

“Umno mesti bersedia bertutur dalam langgam bahasa perubahan,” katanya.

“Umno mesti berani mendekati anak muda dan generasi milenium. Malah, Umno mesti berupaya mempamerkan kematangan dan kepimpinan yang menjawab cabaran hidup abad ke-21.”

Lihat Komen