malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

ULASAN l Melihat kepada prestasi harga Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan mata wang tempatan - ringgit sejak minggu lepas, harga minyak nampaknya terus menurun.

Kita sudah berada di tangga ke-12 dengan Malaysia menawarkan harga minyak paling rendah antara 180 negara di seluruh dunia, berdasarkan harga minggu lalu.

Justeru, dengan penurunan berterusan buat minggu ketiga berturut-turut hari ini akan membuatkan kita tertanya-tanya mengenai kedudukan kita sekarang.

Minggu lalu, harga minyak di Malaysia adalah RM0.14 atau 14 sen lebih murah berbanding Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

Dengan harga RM2.01 seliter, berdasarkan Globalpetrolprices.com, kita pastinya menyertai senarai 10 negara yang paling murah dalam tawaran harga runcit minyak pada minggu ini.

Namun, apa yang dapat kita pastikan setakat ini adalah, sudah tentu Rafizi Ramli dari PKR dan Tony Pua dari DAP akan membisu pada minggu ini.

Jangkaan tersebut berdasarkan trend penurunan harga minyak untuk minggu ketiga berturut-turut.

Tunggu sahaja apabila harga minyak menunjukkan tanda-tanda untuk meningkat kembali, maka barulah kedua-dua mereka akan membuat bising lagi.


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen