malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
161 mati di depoh tahanan imigresen dalam dua tahun
Diterbitkan:  May 8, 2017 6:35 PM
Dikemaskini: 10:39 AM
ADS

Seramai 161 tahanan meninggal dunia di pusat tahanan Jabatan Imigresen antara 2014 dan 2016, berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu berkata, kematian tahanan disebabkan pelbagai penyakit termasuk batuk kering dan HIV.

Bilangan terbesar kematian dicatatkan di kem-kem tahanan yang terletak di Langkap (40), Bukit Jalil (31) dan Lenggeng (28).

Kebanyakan yang mati adalah warga Myanmar (73), diikuti Indonesia (23) dan Bangladesh (14).

Angka itu didedahkan dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail yang bertanya mengenai statistik dari tahun 2010 hingga 2016.

Soalan beliau mengenai jumlah warga atau pelarian Rohingya yang diiktiraf Pesuruhjaya Tinggi PBB bagaimanapun tidak dijawab.

Lihat Komen