malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Konsortium dakwa semua bayaran dijelaskan
Diterbitkan:  May 5, 2017 5:38 PM
Dikemaskini: 10:13 AM
ADS

Konsortium ICSB yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation menyangkal dakwaan bahawa mereka gagal untuk membuat bayaran yang diperlukan untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia.

Menurut konsortium itu, semua pembayaran setakat ini seperti yang digariskan dalam Perjanjian Jualan Saham (SSA) sudah dipenuhi dan mereka juga mampu memenuhi pembayaran pada masa hadapan.

"Setakat ini, ICSB telah memenuhi semua obligasi pembayaran seperti mengikut SSA kepada TRX.

"ICSB mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan keupayaan untuk memastikan pelaksanaan dan kejayaan pembangunan Bandar Malaysia secara lancar," kata konsortium itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu adalah sebagai mengulas kenyataan TRX City Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan, pemegang tanah Bandar Malaysia, pada Rabu lalu yang mengumumkan perjanjian itu telah luput.

TRX City mendakwa perjanjian itu telah terbatal dan tidak lagi sah kerana konsortium ICSB gagal membuat pembayaran walaupun beberapa lanjutan telah diberikan.

Walau bagaimanapun, ICSB mempertikan kenyataaan itu.

"ICSB berpendapat dakwaan TRX bahawa SSA telah luput bercanggah dengan kendalian pihak-pihak SSA bagi melengkapkannya, mengikut semangat SSA.

"Sebelum ICSB menerima surat TRX (mendakwa perjanjian telah luput), TRX sedar bahawa ICSB telah mematuhi syarat-syarat sewajarnya mengikut SSA.

"ICSB secara rasmi meminta TRX untuk memastikan SSA dilengkapkan," kata konsortium itu.

Ia menambah bahawa ICSB juga telah menulis kepada TRX untuk menyatakan bahawa dakwaan secara unilateral bahawa perjanjian itu telah luput "tidak dapat diterima".

Konsortium itu telah menandatangani memorandum persefahaman pada Disember 2015 untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia yang memiliki 486 ekar tanah prima di Sungai Besi pada harga RM7.41 bilion.

Hartanah itu dilihat sebagai komponen penting dalam pembangunan Kuala Lumpur, kerana ia akan menjadi tapak terminal Keretapi Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura dan juga stesen MRT pada masa hadapan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen