malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PRU14: Kit Siang tak akan kembali ke Pulau Pinang
Diterbitkan:  May 5, 2017 1:56 PM
Dikemaskini: 6:02 AM
ADS

WAWANCARA l Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan bahawa bapanya, Kit Siang tidak akan bertanding di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Lim berkata "Saya boleh katakan dengan pasti bahawa beliau tidak akan datang ke Pulau Pinang."

Ditanya sama ada Kit Siang akan mempertimbangkan kerusi parlimen di negeri itu, Lim juga menjawab tidak.

"Sudah tentu tidak, ia bukan sebahagian daripada perancangan strategik," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah itu akan membuat kemunculan semula di Pulau Pinang, berikutan kekerapannya turun padang dan menyertai dan aktiviti parti di negeri itu sejak awal tahun ini.

Siri lawatannya yang disebut sebagai "Jelajah Desa" menyemarakkan spekulasi bahawa Kit Siang sedang mengintai kerusi di Pulau Mutiara itu.

DAP Kedah sebelum ini mempelawanya bertanding bagi di kerusi undangan negeri, tetapi Kit Siang bertindak balas dengan berkata dirinya terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam PRU14.

Justeru, bukan satu kejutan jika Kit Siang kembali ke Pulau Pinang, kerana beliau sebelum ini pernah memegang kerusi Kampong Kolam (1986-1990) dan Padang Kota (1990 hingga 1995). Beliau adalah Ahli Parlimen Tanjong bagi sepanjang tempoh 1986-1999.

DAP mungkin mahu melupakan cubaan Kit Siang yang tidak berhasil dalam menumbangkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon pada tahun 1995, di mana pemimpin itu mengibarakan dirinya sebagai Robocop.

Betty tak bertanding

Lim juga menolak spekulasi bahawa isterinya, Betty Chew, akan kembali menyertai politik, sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara atas dakwaan rasuah.

Perbicaraannya, yang sepatutnya bermula pada bulan Mac lalu, telah ditangguhkan untuk menyelesaikan cabarannya ke atas Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 di Mahkamah Persekutuan.

Chew, seorang peguam, bertanding tiga kali dan menang besar di kerusi DUN Durian Daun (1999) dan Kota Laksamana (2004 dan 2008) di Melaka.

“Tidak, dia tidak (akan bertanding). Baginya, dia telah melaksanakan tugasnya,” kata Lim.

Pelan penggantian

Sebaliknya, Lim menegaskan bahawa penggantinya bagi jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah exco kerajaan negeri dan pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Lim mengumumkan Chow sebagai "pilihannya” selepas beliau berdepan dengan tuduhan rasuah pada Jun tahun lalu, dan mengesahkan keputusannya pada onvensyen DAP negeri tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen