malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dagangan saham Iskandar Waterfront City digantung
Diterbitkan:  May 4, 2017 12:06 PM
Dikemaskini: 4:08 AM
ADS

Dagangan saham Iskandar Waterfront City Bhd secara sukarela digantung, seperti disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Sila ambil perhatian bahawa atas permintaan IW City, dagangan saham-saham syarikat itu digantung berkuat kuasa daripada jam 9 pagi, 4 Mei 2017, sehingga pengumuman dibuat,” menurut Bursa Malaysia.

Langkah itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman Kementerian Kewangan yang membatalkan rundingan Bandar Malaysia.

The Star Online melaporkan saham syarikat berkaitan IW City, Ekovest, jatuh ke paras rendah RM1.01 selepas “berita mengecewakan itu”.

Syarikat induk IW City, Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd, terlibat dalam usaha sama dengan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC) untuk menubuhkan Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd, yang membangunkan Bandar Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen