malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tafsiran 'pegawai awam' tak boleh cara sempit, kata Hanipa
ADS

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin tidak bersetuju dengan tafsiran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap perkataan pegawai atau penjawat awam.

Beliau mengulas keputusan mahkamah Jumaat lalu yang menolak saman difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anggota parlimen dari Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, walaupun salah satu elemen dalam tort misfeasance di pejabat awam adalah defenden mesti merupakan pegawai awam, tetapi ia tidak harus ditafsir secara tegar.

Menurutnya, Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan pihak berkuasa awam termasuk kerajaan persekutuan.

"Oleh itu, Najib, yang merupakan perdana menteri, adalah anggota pihak berkuasa awam dan dengan itu layak disebut sebagai seorang pegawai awam.

"Dalam mentafsirkan elemen pertama tort misfeasans di pejabat awam, mahkamah biasanya memberikan tafsiran yang luas, yang pada dasarnya, pegawai itu tidak melaksanakan peranan swasta tetapi mesti menjalankan fungsi awam menggunakan dana awam.

"Sudah tentu perdana menteri berada di bawah kategori ini," katanya.

Hanipa, yang mengetuai bahagian perundangan AMANAH, berkata peguam Najib telah meminta mahkamah memasukkan 'perdana menteri' dalam takrif "anggota pentadbiran" dalam Perkara 160 (2).

"Ini menunjukkan beliau telah meminta mahkamah untuk memberi makna yang luas terhadap perkataan menteri. Seperti yang kita tahu bahawa di bawah Perkara 60 (2), 'perdana menteri' tiada dalam takrif 'anggota pentadbiran'.

"Jadi, pada pandangan saya, peguam Najib mengubah-ubahkannya," katanya.

Hanipa berkata terdapat banyak kes di mana mahkamah memutuskan bahawa perlembagaan tidak boleh ditafsirkan dengan cara yang tegar.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen