malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
ADUN PKR halang Umno T'ganu ambil tanah rizab Melayu
ADS

ADUN Terengganu dari PKR memfailkan petisyen di mahkamah bagi mencabar pindaan kepada undang-undang negeri yang membolehkan Umno Terengganu mengambil alih pemilikan tanah rizab Melayu di negeri ini.

ADUN Bandar Azan Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mengambil keputusan untuk memfailkan petisyen itu kerana kurang "penjelasan logik" daripada kerajaan negeri Terengganu berhubung pindaan yang dibuat kepada Seksyen 9 Enakmen Tanah Rizab Melayu di negeri ini pada Mei 2015.

"Oleh itu, kita tidak mempunyai pilihan. Oleh kerana saya adalah satu-satunya ADUN yang membantah pindaan ini, saya fikir ia adalah tugas saya untuk memfailkan petisyen itu," katanya yang memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 April lalu.

Azan menjelaskan beliau memfailkan petisyen itu dengan harapan mahkamah akan menarik balik keputusan yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Memetik perlembagaan negeri Terengganu dan Perlembagaan Persekutuan serta maklum balas daripada pengamal undang-undang, Azan berkata majoriti dua pertiga diperlukan untuk meminda undang-undang yang melibatkan urusan tanah.

ADS

Bagaimanapun, Azan mendakwa hanya separuh daripada Dewan Undangan Negeri telah mengundi untuk menyokong pindaan tersebut.

"Daripada 32 ADUN, hanya 17 mengundi untuk meluluskan pindaan tersebut, manakala 14 berkecuali dan satu menentang," katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak memfailkan petisyen lebih awal, Azan berkata beliau berpendapat kerajaan akan menimbang semula perkara itu dan mendakwa tidak menerima salinan akhir enakmen berkenaan.

ADS

"Saya hanya mendapati bahawa pindaan itu telah diluluskan setahun kemudian," katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak memujuk ADUN-ADUN PAS untuk menyertai petisyen berkenaan, Azan percaya mereka mungkin tidak memahami mengenainya.

"Tidak ada 14 ADUN PAS di Terengganu mempunyai latar belakang undang-undang. Kebanyakan mereka adalah guru," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen