malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rafizi nafi 'sindir anak pukul menantu'
Diterbitkan:  Apr 25, 2017 4:23 PM
Dikemaskini: 8:31 AM
ADS

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan pendiriannya berkaitan pemimpin muda parti yang dituduh memberikan kenyataan palsu, menyasarkan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.

Bercakap kepada Malaysiakini berkaitan kes Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah, Rafizi berkata beliau sentiasa konsisten dalam isu itu.

“Sejak hari pertama isu itu dibawa ke perhatian awam, pada hari yang sama saya minda dia isytihar harta,” katanya anggota parlimen Pandan itu.

Rafizi berkata kedudukan Azmin juga tidak banyak berbeza, apabila berkata Adam patut melalui proses tertentu, termasuk siasatan disiplin secara dalaman.

Berkaitan perbezaan pandangan mereka berdua pula, Rafizi berkata mereka dapat menguruskan perkara itu berdasarkan strategi-strategi politik dengan profesional.

Ia, katanya, tidak menjejaskan komitmen PKR bagi memastikan Pakatan Harapan menumpaskan BN.

“Oleh itu, tidak perlu menyerang mana-mana pihak untuk menyatakan perbezaan pandangan. Ruang dalaman parti sudah lebih cukup untuk itu,” katanya.

Jumaat lalu, Adam berdepan enam pertuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau menjadi perhatian selepas didakwa mempunyai kekayaan luar biasa, termasuk memiliki sebuah rumah ala-Disneyland di Ampang, Kuala Lumpur bernilai lebih sejuta ringgit.

Susulan itu, Rafizi berkata PKR harus menjarakkan diri dengan kes itu, terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga berkata PKR mesti dilihat tegas dan berpegang kepada piawai moral dan keamanahan yang jauh lebih tinggi berbanding parti-parti lain.

Penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin pula mendakwa Rafizi sebenarnya menyasarkan Azmin melalui kenyataan itu.

Raja Petra, dalam blognya Malaysia Today, mendakwa Adam Rosly sebagai “gatekeeper” buat Azmin.

[Baca berita asal]

Lihat Komen