Inflasi pada Mac kerana harga petrol, kata menteri

Kow Gah Chie
(Dikemaskini )

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata inflasi teras masih stabil walaupun inflasi harga pengguna melonjak naik pada bulan Mac dalam tempoh lapan tahun.

"Kadar inflasi Mac 2017 meningkat kepada 5.1 peratus disebabkan oleh kesan daripada harga bahan api," katanya dalam kiriman mesej kepada Malaysiakini.

"Indeks pengangkutan meningkat sebanyak 23 peratus kerana kenaikan harga bahan api. RON95 pada Mac 2016 adalah RM1.60 berbanding RM2.30 pada Mac 2017, peningkatan sebanyak 70 sen.

"Bagaimanapun, inflasi teras kekal stabil pada 2.5 peratus. Kesan ke atas ekonomi secara keseluruhan masih lagi bergantung kepada inflasi teras. Selagi kita boleh kekalkan inflasi komponen harga barangan lain stabil, inflasi teras di negara ini akan kekal stabil," tambah beliau.

Bagi harga bahan api, Johari mengulangi bahawa kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.

"Ia amat bergantung kepada pergerakan harga minyak global dan tidak banyak yang kerajaan boleh lakukan. Apa-apa peningkatan yang ketara boleh menyebabkan inflasi teras meningkat,"

Kerajaan akan terus memantau harga barang-barang komponen inflasi yang lain di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, katanya.

Inflasi tahunan meningkat 5.1 peratus pada bulan Mac, yang tertinggi sejak mencecah 5.7 peratus pada November 2008.

[Baca berita penuh]


Artikel berkaitan

Share