Harga petrol naik minggu ketiga berturut-turut

(Dikemaskini )

Harga runcit RON95 dan bahan api RON97 naik untuk minggu ketiga berturut-turut sejak pengenalan mekanisme harga siling bahan api mingguan bulan lalu.

Berkuat kuasa tengah malam ini, seliter harga runcit RON95 akan naik tiga sen manakala RON97 akan naik dua sen.

Ini menyaksikan harga RON95 menjadi RM2.27 seliter dan RON97 naik kepada RM2.54 seliter.

Sementara itu, diesel akan dijual pada RM2.21 seliter, peningkatan sebanyak lima sen.

Ia adalah peningkatan kedua berturut-turut untuk diesel.

Harga runcit bahan api ditentukan berdasarkan purata mata wang Mean of Platts Singapura minggu sebelumnya.

Harga minyak mentah global menunjukkan peningkatan berikutan perjanjian oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) serta negara-negara bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran.

[Baca berita penuh]

Share