malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis Pattaya enggan terima laporan, jelas Peter Chong
Diterbitkan:  Apr 19, 2017 6:24 PM
Dikemaskini: 10:38 AM
ADS

Aktivis Peter Chong menjelaskan bahawa beliau memang ada menemui polis Thailand berhubung dakwaan penculikan terhadapnya.

Katanya, beliau cuba membuat laporan polis di Pattaya, tetapi anggota polis memberitahunya bahawa ia di luar bidang kuasa mereka kerana dia mendakwa diculik di Hatyai.

Dia diberitahu bahawa laporan polis perlu dibuat di Hatyai, tetapi beliau akan berusaha untuk membuat laporan di Kedutaan Thailand di Malaysia

"Sebaik sahaja selesai di sini, saya akan cuba buat laporan di Kedutaan Thailand di sini jika tidak saya mungkin perlu pergi ke Hatyai. Saya percaya bahawa adalah penting dan perlu untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun, pegawai balai polis Pattaya sangat membantu dalam membawa saya pulang. Mereka ini membantu menghubungi kedutaan Malaysia dan juga keluarga saya. Saya tetap berterima kasih kepada mereka.

"Saya akan terus beri kerjasama (kepada polis Malaysia) dan jika perlu, kepada polis Thai juga, dalam menyiasat perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pertamanya sejak pulang pada Ahad lalu.

Chong hilang pada 6 April.

Sehari selepas kepulangannya, Bernama memetik Ketua Polis Hatyai Kittichai Sankatavorn berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai penculikan yang dikatakan itu.

Kittichai dilaporkan berkata beliau akan menyiasat dengan balai polis berdekatan, polis pelancong Hatyai dan polis Malaysia sama ada mereka telah menerima laporan tersebut.

Jika tidak, satu laporan akan dibuat terhadap Chong kerana membuat laporan palsu.
Laporan Malay Mail Online sebelum ini memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh Ishar Singh berkata Chong mendakwa telah diculik di Hatyai ketika cuba mencari sumber pemberi maklumat mengenai kes kehilangan paderi Raymond Koh.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen