malaysiakini logo
story-image
ADS

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria diberi tempoh hingga Jumaat oleh Mahkamah Sesyen Ipoh untuk membayar RM8,500 sebagai kos kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mahkamah menganugerahkan kos itu pada November tahun lalu selepas menolak tuntutan balas Razman dan mengetepikan permohonan menarik keluar saman fitnah yang difailkan Nizar terhadapnya.

Saman itu berikutan dawaan Razman bahawa bekas MB Perak itu "menyokong konsep negara sekular DAP dan bahawa dia perlu menyertai DAP".

Nizar yang kini bersama AMANAH pada mulanya memfailkan saman fitnah sebanyak RM3 juta di Mahkamah Tinggi di Ipoh pada tahun 2015. Bagaimanapun, kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.

Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan itu semalam berikutan kegagalan Razman membayar kos sebanyak RM8,000, selepas dua permohonan beliau telah ditolak.

Beliau juga menganugerahkan kos tambahan RM500 selepas Razman meminta penangguhan pendengaran semalam dan hari ini, berikutan permohonan pihak ketiga yang difailkanuntuk memasukkan akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian sebagai satu pihak dalam saman itu.

Peguam Nizar, Fitri Asmuni memberitahu Malaysiakini bahawa beliau meminta kos itu dibayar serta-merta, memandangkan keputusan itu dibuat lima bulan lalu.

"Kami juga memohon kos berikutan penangguhan perbicaraan yang sepatutnya bermula semalam, sejak Nizar hadir," kata Fitri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen